eSTaCitePendek

Bosan2 Bacalah Sampai Lebam

Semakin Tua

November28

1. Dulu, kalau nak membaca…dari jauh pun boleh baca.
Sekarang dekat2 tak nampak….kena jauh-jauh sikit.

2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh…suuurrrrr!!!! masuk…..!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas…baru
masuk…

3. Dulu, masa tidur menhadap muka…rapat-rapat,
sekarang berlaga punggung saja… itu pun dah kira rapat sangat dah tu….

4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
ke…), sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…

5. Dulu, pakai baju mesti sama…sama color, sama design, sama
brand….sedondon…
Sekarang, “Asal kau ada baju nak pakai udah la…!”

6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung…pakai tudung….
Sekarang, “Alah…you pakai yg “wrinkle free” tu je la….!” (dlm hati….macam la ada orang nak tenagok dia…hiyyyy!!!
Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!)

7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping,
sekarang…tunggu dlm kereta je. Kejap-kejap SMS…”Lama lagi ke?” “Apa aje yg you cari ni…?”

8. Dulu, hebat….!!! sebulan sampai 12 kali…,
sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun kira hebat juga…

9. Dulu, menunggu pun dah keras….
sekarang, menunggu nak keras…

10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa.
Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga… “Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke…?”

posted under Informasi | No Comments »

Sin Chan

November28

Guru : Kenapa awak lambat?

Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.

Guru: Papan tanda mana ?

Sin Chan: Yang ada tulisan, “Sekolah di hadapan, jalan perlahan.”

posted under Lawak | No Comments »

RM 1 atau RM 50

November28

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik
STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.
Moral of the story: Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or
surau, tambah la sikit..

posted under Teladan | No Comments »

Ketam Jalan Betul

November28

Sekor ketam jantan bertemu ketam betina di tepi pantai, lalu mengajaknya kahwin. Ketam betina hairan bagaimana ketam jantan yang baru ditemuinya berjalan betul-tidak mengiring seperti dirinya.

“wowwwww..”kata ketam betina. “Cara dia berjalan luar biasa. Dia jantan special. Begini punya macho takkan aku nak lepaskan begitu saja,”bisiknya dalam hati.

Dipendekkan citer, mereka berkahwin.

Keesokan harinya, ketam betina terkejut melihat suaminya berjalan seperti dirinya-mengiring.

“Apa dah jadi ni, sayang?”ketam betina bertanya.

“Semalam cara abang berjalan cukup cantik, kenapa hari nie jadi seperti saya?”

“Sayang…”kata ketam jantan,”takkan sayang nak tengok abang mabuk setiap masa.

posted under Lawak | No Comments »

Telur

October13

JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika
berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di hadapannya.
Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan ambulans tiba. Setelah
mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang dan terlupa membeli telur. Jamal
dengan penuh minat menceritakan kemalangan itu pada ibunya. “Dahsyat bu,
kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang jalan. Tangannya pulak putus,
kepala pecah, perut terburai… Tiba-tiba ibunya mencelah, “Telurnya mana?”
Jamal menjawab, “Err… . Mal tak tau pulak ke mana tercampaknya! “

posted under Lawak | No Comments »

CIA

October13

Tiga lelaki sedang bersiap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi agen
CIA. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka
dikehendaki membunuh isteri masing2.

Pegawai itu memberi senapang pada Abdul dan kemudian masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya.

Amin memasuki bilik yang lain dengan senapang untuk membunuh isterinya.
Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi
agen CIA, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri.

Kemudian pegawai itu memberikan senapang kepada Akbar dan kemudian masuk bilik yang mempunyai isterinya… Setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian setelah beberapa minit.. lelaki itu keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh…

Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Akbar menjawab “Tuan bagi senapang yang ada peluru kapur.. jadi aku terpaksa mencekik leher isteriku untuk membunuhnya. .”

posted under Lawak | No Comments »

Buah Durian

October13

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian… lalu dia
menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli
tempatan…

Samdol : “Bang harga durian ini berapa?”

Org Asli : “yang ini.. sepopit sebiji”

Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia
tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba
menawarinya. .

Samdol : “Bang.. Boleh kurang sikit tak”?

Orang Asli : “Boleh aje, nak kurang berape?

Samdol : “Lahupa.. boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan. . lalu bertanya pada Samdol..

Orang Asli : “Lahupa itu berapa?”

Samdol : “Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?”

posted under Lawak | No Comments »

Cerita Dahulu Kala

October13

Dahulu kala.. dalam kerajaan Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak
puteri.. Kedua anak ini mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak
pertama meminta dicarikan kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada
majikannya serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini… Dahulu kala.. dalam kerajaan
Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini
mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan
kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada serta cantik penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini… Dahulu kala.. dalam kerajaan
Phuket.. ada seorang raja yang mempunyai anak puteri.. Kedua anak ini
mempunyai permintaan yang perlu dipenuhi. Anak pertama meminta dicarikan
kuda yang mampu berlari kencang dan patuh kepada majikannya serta cantik
penampilannya.

Anak kedua pula permintaannya tidak terlalu sukar.. Dia hanya minta suatu
cerita. Dan ceritanya berbunyi begini… Dahulu kala… … … … … …
… … … … … .. bla.. bla… blaaaa

posted under Lawak | No Comments »

Kemalangan

October13

Pada suatu hari, ada sebuah kereta yang dipandu terhoyong hayang melanggar
tinga lampu dan terbalik.. Kesemua penumpangnya yang terdiri dari seorang
lelaki tua.. seorang wanita tua.. dan dua orang anak kecil.. luka parah tak
berdaya. Hanya seekor monyet yang merupakan binatang peliharaan keluarga..
masih sihat tanpa sedikit lukapun

Pihak polis kebingungan melihat kejadian itu… lalu dia memutuskan untuk
menyoal saja pada si monyet untuk memperoleh keterangan mengenai kejadian
tersebut..

Polis : “Monyet.. apa yang terjadi sebenarnya?”

Si monyet kemudian merebahkan dirinya dalam keadaan terbalik beberapa kali.

Polis : “Oh… kereta terbalik beberapa kali… jadi apa yang dilakukan oleh
lelaki tua itu?”

Si monyet menirukan gerakan mabuk sambil mengayakan minum arak..

Polis : “Oh… lelaki itu sedang mabuk masa memandu… . dan bagaimana pulak
wanita tua itu? anak-anak juga buat apa?”

Si monyet menirukan posisi orang tidur.. kemudian bergerak-gerak spt orang
sedang bertengkar.

“Oh… okey.. saya dah faham.. wanita tua itu tido dan anak2nya bertengkar
dalam kereta.. dan kamu sendiri pula buat apa monyet?”

Dan… si monyet kemudian menirukan gaya memandu

posted under Lawak | No Comments »

Untuk Apa Kamu Datang Ke sini

October13

“Hei, kamu yang berdiri di belakang,” tegur pensyarah ” Cuba sebutkan
individu yang terlibat dalam Perjanjian Badang!”

“Maaf, saya tidak tahu.. encik”

“Apa? tidak tahu? Baiklah, kalau begitu sebutkan saja tahun berapa
perjanjian itu ditandatangani? ”

“Maaf, saya tidak tahu juga, encik..”

“tidak tahu sama sekali? Maklumat itu kan sudah saya berikan untuk dibaca
minggu lalu. Jadi untuk apa kamu datang ke sini kalau tidak tahu?”

“Mahu memeriksa kabel lampu ini, encik.. Saya petugas TNB”

posted under Lawak | No Comments »
« Older Entries